Enterprise vs sdn bhd

Enterprise vs Sdn Bhd: Semua Yang Anda Perlu Tahu

Enterprise vs Sdn. Bhd. Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis syarikat tersebut?

Berdasarkan pemerhatian, ramai individu kini yang mula berjinak dalam bidang perniagaan sama ada secara persendirian atau perkongsian dengan rakan dan keluarga.

Mungkin ramai di luar sana yang masih keliru tentang kelebihan dan kekurangan syarikat yang didaftarkan bawah Enterprise dan Sdn Bhd. 

Jangan risau, teruskan membaca!

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan apa yang dimaksudkan dengan syarikat Enterprise vs Sdn Bhd serta perbezaan antara keduannya.

Enterprise

Enterprise vs sdn bhd

Enterprise merupakan sebuah organisasi perniagaan yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan dan merupakan satu entiti perniagaan yang popular di negara kita. 

Kira-kira hampir 7 juta perniagaan telah didaftarkan dengan enterprise disebabkan kelebihannya yang mesra bisnes di peringkat permulaan.

Antara kelebihan enterprise adalah kos pengurusan yang murah. Kos pendaftaran perniagaan Enterprise SSM atau milikan tunggal selama setahun adalah seperti berikut:

  • Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  • Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).

Dengan nombor perniagaan SSM, kredibiliti perniagaan enterprise anda juga diyakini kerana ia bermaksud anda telah mendaftar perniagaan secara sah di sisi undang-undang.

Anda juga boleh buka akaun semasa pada bila-bila masa sahaja. Dengan kemudahan membuka akaun perniagaan di bank, anda tidak perlu menggunakan akaun personal untuk berurus niaga.

Oleh itu anda tidak perlu risau sekiranya akaun personal anda dibekukan disebabkan transaksi yang yang terlalu banyak. 

Di samping itu, perlu diingat, menurut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 

Sekiranya anda menyalahi akta tersebut, anda boleh dikenakan denda sehingga RM 50,000 atau penjara 2 tahun. 

Sdn Bhd

Sdn Bhd atau Sendirian Berhad adalah syarikat yang ditubuhkan dibawah Jenis Syarikat Berhad yang dihadkan oleh saham. 

Penubuhan syarikat Sdn Bhd adalah bermatlamatkan keuntungan dan tidak boleh dijual sahamnya kepada orang ramai dan perlu didaftarkan kepada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Syarikat Sdn Bhd memerlukan seorang individu sebagai pemilik dan modal penubuhannya adalah daripada pemegang saham syarikat itu sendiri.

Seterusnya, syarikat Sdn bhd juga mempunyai saham atau syer yang boleh dimiliki oleh seorang individu atau lebih yang ini dikenali sebagai Board of Director atau Lembaga Pengarah. 

Daripada Lembaga Pengarah Syarikat tersebut, pemegang saham terbesar syarikat akan dapat mengawal dan mengarah syarikat.

Tambahan pula, semua aset syarikat merupakan milik syarikat sepenuhnya dan tiada pemilikan aset dinamakan pada satu nama atau seorang individu tertentu. 

Bukan itu sahaja, syarikat sdn bhd juga bertanggungjawab sendiri ke atas segala masalah, risiko dan hutang yang dimiliki. 

Adalah mudah bagi kita untuk mengenali status syarikat sendirian berhad kerana nama syarikat tersebut akan diikuti oleh SDN. BHD, sebagai contoh, Melur Sdn. Bhd.

Antara kelebihan syarikat sendirian berhad adalah seperti berikut:

  • Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal sahaja

  • Sekiranya berlaku kematian seseorang pemegang saham atau pemilik syarikat, syarikat tidak akan dibubar

  • Mudah untuk mendapat modal

  • Proses penukaran hak milik yang mudah

  • Pemegang-pemegang saham mempunyai perlindungan oleh perundangan

  • Mempunyai potensi yang besar dalam memajukan dan mengembangkan perniagaan secara meluas

  • Tiada bebanan dengan tanggungjawab pengurusan dan pengendalian syarikat

  • Tidak perlu mengumumkan laporan kewangan bagi pengetahuan orang ramai

  • Boleh menukar nama syarikat jika perlu

Enterprise vs Sdn Bhd

  1. Bentuk Perniagaan

Terdapat dua bentuk perniagaan Enterprise iaitu; Perniagaan Tunggal dan Perniagaan Perkongsian. 

Perniagaan Tunggal merupakan sebuah perniagaan yang dimiliki secara sepenuhnya oleh seorang pemilik.

Manakala Perniagaan Perkongsian pula mempunyai   sekurang-kurangnya dua orang pemilik dan tidak melebihi dua puluh rakan kongsi.

Bagi perniagaan Sendirian Berhad pula, ia mempunyai minimum dua individu sebagai pemilik dan diuruskan oleh Lembaga Pengarah.

  1. Konsep Entiti

Pemilik syarikat Enterprise mempunyai tanggungjawab penuh bagi aset dan juga liabiliti syarikat.

Manakala, syarikat Sdn. Bhd. merupakan satu entiti sah yang berasingan dan terpisah dari identiti pemegang saham, pengarah ataupun ahli-ahlinya. 

Oleh hal demikian, asset syarikat adalah hak milik syarikat dan bukannya hak milik perseorangan. Sama seperti hutang, syarikat yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.

  1. Liabiliti Dalam Perundangan

Enterprise vs sdn bhd

Dari segi perundangan, sebuah syarikat Sdn. Bhd. dan pemiliknya adalah dua entiti yang berasingan. 

Oleh itu, sekiranya syarikat tersebut disaman atas sebab tertentu, pemilik syarikat kemungkinan kehilangan segala yang telah laburkan dalam syarikat.

Bagi syarikat Enterprise pula, pemilik mempunyai tanggungjawab penuh bagi aset dan juga liabiliti syarikat. Ia juga merupakan satu entiti yang sama dari segi perundangan.

Oleh itu, sekiranya syarikat tersebut berjaya disaman, pemilik syarikat berkemungkinan akan hilang keseluruhan wang simpanan dan harta.

  1. Konsep Berterusan

Walau dengan kematian salah seorang pemegang saham, pengarah atau mana-mana ahlinya, Syarikat Sdn Bhd akan terus wujud dan beroperasi seperti biasa.

Saham orang yang meninggal akan diserahkan kepada orang lain mengikut apa yang ditulis dalam surat wasiat.

Bukan itu sahaja, saham tersebut juga boleh dijual mengikut kehendak waris, dan saham syarikat akan dipegang oleh pemilik baru. 

Seterusnya, bagi Enterprise, jika terdapat pemilik yang meninggal dunia, keseluruhan perniagaan, asset dan liabiliti perniagaan akan diuruskan mengikut wasiat dan perniagaan tersebut akan dibubarkan.

  1. Cukai

Cukai syarikat Sdn. Bhd. akan dikenakan ke atas syarikat.

Bagi kesemua perbelanjaan yang terbabit dalam pemerolehan pendapatan sebuah syarikat Sdn. Bhd. pula, ia boleh diberi pelepasan bagi tujuan cukai pendapatan. 

Pelepasan tersebut termasuk faedah ke atas pinjaman yang diambil bagi modal pusingan, gaji pekerja, komputer, kereta dan yuran audit serta cukai.

Seterusnya, perniagaan Enterprise tidak perlu membayar cukai kerana hasil pendapatan yang diperoleh akan dikenakan ke atas cukai peribadi pemilik. 

Oleh itu, keuntungan perniagaan akan dikira sebagai pendapatan individu dan kadar cukainya adalah berdasarkan kadar cukai individu.

Konklusinya, boleh dikata bahawa syarikat enterprise mempunyai liabiliti tidak terhad, tiada kesinambungan, kurang kredibiliti dan susah bagi pemilik mendapatkan pengecualian cukai.

Bagi syarikat sendirian berhad pula, ia berliabiliti terhad, mempunyai kesinambungan berterusan, kredibiliti bertambah dan memberikan pelbagai insentif pengecualian cukai kepada pemilik.

Jika anda memerlukan bantuan untuk membina dan mendaftar syarikat anda, hubungi DAFTARSYARIKAT segera!

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.

Terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang kami sediakan antaranya adalah:

  • Perkhidmatan Kesetiausahaan
  • Perkhidmatan Pembukuan dan Perakaunan Berkanun
  • Perkhidmatan Percukaian 
  • Perkhidmatan Pengauditan

Tags: No tags
0

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*