geran perniagaan

7 Geran Perniagaan Yang Anda Boleh Mohon Sekarang

Tahukah anda bahawa usahawan boleh mendapatkan bantuan modal bukan sahaja daripada pihak bank dan badan kerajaan tetapi juga melalui geran perniagaan?

Kini, terdapat banyak agensi yang memberikan bantuan modal. 

Apa yang membuatnya menarik adalah ia diberikan secara percuma!

Anda hanya perlu memberi perhatian kepada terma dan syarat geran tersebut, sama ada ia adalah full-grant, partial-grant atau lain-lain.

Ingin tahu senarai geran perniagaan yang anda boleh dapatkan untuk memajukan lagi perniagaan anda? Teruskan membaca!

3 Sebab Untuk Mohon Geran Perniagaan

Ragu-ragu tentang kelebihan memohon geran perniagaan? Berikut merupakan manfaat yang akan ada perolehi!

  1. Dapat bantuan percuma

Melalui pembiayaan yang diberikan, anda akan mendapat bantuan kewangan untuk menjalankan perniagaan anda tanpa perlu membayar semula.

  1. Dapat memperluaskan perusahaan anda

Geran perniagaan bukanlah diberikan untuk mengekalkan status quo. Namun, ia adalah bertujuan untuk membantu anda mengembangkan perniagaan dan mengambil pekerja tambahan.

Fikirkan senarai keinginan yang anda ada demi menambahbaik perniagaan dan syarikat anda. Adakah ia disekat oleh kewangan yang terhad?

Jika ya, anda boleh cuba mohon pembiayaan dengan segera.

  1. Kejayaan menghasilkan banyak keuntungan

Sekiranya anda berjaya mendapatkan dana geran, banyak organisasi di luar sana yang akan sedar akan potensi syarikat anda.

Kolaborasi dengan syarikat lain akan membuka lebih peluang untuk anda mengembankan perusahaan anda dan menjadikannya lebih maju. 

7 Geran Perniagaan

Setelah meneliti sebab-sebab anda perlu mendapatkan geran perniagaan, mari kita lihat senarai geran perniagaan yang anda boleh mohon.

  1. TEKUN Nasional

TEKUN Nasional pada mulanya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Ia merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bumiputera boleh mendapat kemudahan pembiayaan dengan mudah dan cepat untuk memajukan perniagaan mereka daripada agensi ini.

Dengan pembiayaan-pembiayaan yang disediakan, anda boleh mendapat wang sebanyak RM10,000 sehingga RM100,000 dalam tempoh 5-10 tahun.

Antara skim pembiayaan perniagaan yang disediakan TEKUN adalah:

  • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
  • Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan Kontrak-i
  • AR-RAHNU TEKUN
  1. PROSPER PUNB

PROSPER merupakan produk pembiayaan berasaskan syari’ah yang diwujudkan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). 

Dengan tempoh bayar balik selama 7 tahun, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM100,000. 

Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama, PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan untuk para usahawan di luar sana.

  1. SUPERB TERAJU

Unit Peneraju Agenda Bumiputera atau TERAJU ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri.

Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

Untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif, Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), TERAJU telah memperkenalkan geran sehingga RM500,000.

Pembiayaan yang diberikan juga adalah untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan dengan dana sebanyak RM100 juta.

Untuk menyemak syarat kelayakan anda untuk memohon, anda boleh layari portal rasmi TERAJU.

  1. Dana TERAS TERAJU

Dana Teras diadakan untuk memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). 

Pembiayaan yang diberikan adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. 

Tambahan pula, dana ini merupakan kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic.

Sebanyak 908 syarikat telah menyertai program Teras sehingga Disember 2017 dan sebanyak RM1.42 bilion pembiayaan telah diluluskan. 

Namun begitu, Dana Teras ini hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS).

  1. Pinjaman Perniagaan MARA

Majlis Amanah Rakyat atau juga dikenali sebagai MARA telah menyediakan skim pembiayaan perniagaan sehingga RM5 juta. 

Antara skim yang disediakan oleh MARA mengikut kesesuaian sesuatu bisnes yang dijalankan adalah:

  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  • Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  • Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)
  1. Program Peningkatan  Kapasiti Dan Keupayaan PKS(BAP)

Bagi meningkatkan keupayaan PKS, perusahaan mikro, SME Corp. Malaysia menyediakan Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP).

Skim bantuan bersepadu ini dijalankan menerusi khidmat nasihat perniagaan dan bantuan kewangan.

Pelbagai program inisiatif pembagunan kapasiti disokong oleh program ini untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, BAP juga menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah.

Ini adalah untuk membantu PKS meraih peluang pertumbuhan perniagaan baharu.

Pinjaman mudah yang ditawarkan di bawah BAP adalah atas kerjasama SME Bank dan Bank Rakyat dan SME Corp. Malaysia.

Geran bersamaan pula disediakan oleh SME Corp. Malaysia.

  1. Rural Business College (RBC)

RBC adalah acara tahunan yang diadakan sejak 2012 untuk memberi peluang kepada belia membentangkan rancangan perniagaan mereka di hadapan para juri.

Geran perniagaan ini adalah di bawah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 

Matlamat ia diwujudkan adalah untuk menggalakkan golongan belia terutama sekali mereka yang berada di luar bandar untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Ia juga bertujuan untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan selain mewujudkan kawasan luar bandar yang menarik untuk didiami. 

Kini, amaun terkumpul adalah sebanyak RM14 juta.

Terdapat 2 kategori perniagaan iaitu Idea Perniagaan dan Pengembangan Perniagaan. 

Syarikat yang belum beroperasi boleh menyertai Idea perniagaan manakala syarikat yang telah beroperasi boleh menyertai Pengembangan Perniagaan.

Kesimpulannya, sebagai seorang usahawan, anda boleh mendapatkan modal perniagaan daripada geran bantuan perniagaan daripada banyak agensi.

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk membina dan mendaftar syarikat anda, hubungi DAFTARSYARIKAT segera!

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.

Terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang kami sediakan antaranya adalah:

  • Perkhidmatan Kesetiausahaan
  • Perkhidmatan Pembukuan dan Perakaunan Berkanun
  • Perkhidmatan Percukaian 
  • Perkhidmatan Pengauditan

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*