Akta Syarikat 1965

Akta Syarikat 1965: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya

Pernahkah anda terdengar atau terbaca tentang Akta Syarikat 1965?

Anda bercita-cita untuk menubuhkan perniagaan sendiri sehingga berjaya menjadi syarikat yang besar dan terkenal di dalam dan luar negara?

Atau anda telah pun memiliki syarikat sendiri dan kini sedang berhempas pulas membangunkannya? Sedang bersaing secara sengit pula dengan syarikat-syarikat lain?

Kalau hendak lebih berjaya daripada yang lain, apa kata anda belajar serba sedikit tentang undang-undang syarikat di Malaysia dahulu iaitu Akta Syarikat 1965? Jadi, jom belajar mengenai akta ini dengan lebih lanjut.

 

Apa Itu Akta Syarikat?

Akta Syarikat 1965

Sebelum kita selidik tentang tajuk ini dengan lebih lanjut, mari kita lihat apa itu definisi syarikat.

Syarikat merupakan badan korporat yang ditubuhkan menurut Akta Syarikat 1965 ataupun enakmen-enakmen sebelumnya.

Sesebuah syarikat wujud sebagai satu badan yang berlainan dari individu-individu yang pernah menjadi ahli syarikat dan hanya syarikat sahaja yang boleh mendakwa dan didakwa.

Terdapat beberapa jenis syarikat antaranya syarikat berhad, syarikat persendirian dan koperasi.

 

Akta Syarikat 1965

Akta Syarikat 1965

Walaupun kini kerajaan telah membuat pindaan kepada Akta Syarikat 2016, sebagai pengarah syarikat, anda perlu juga cakna dengan hal-hal sebegini.

Akta Syarikat 1965 (Companies Act 1965) adalah sebuah akta atau undang-undang di Malaysia yang membabitkan syarikat-syarikat yang masih aktif.

Bil untuk akta ini mula diperkenalkan di Dewan Negara dan mula berkuatkuasa pada tahun 1965 sehinggalah 15 April 1966 di seluruh Malaysia.

Akta ini disemak semula pada tahun 1973. Secara ringkasnya, terdapat beberapa perkara yang terangkum dalam Akta Syarikat 1965 yang perlu anda tahu, antaranya:

 

  1. Pembentukan Syarikat

AKta Syarikat 1965

Sebelum anda memulakan sebuah perusahaan atau perniagaan, pastikan perkara pertama yang anda pertimbangkan adalah pembentukan syarikat.

Dalam membentuk syarikat, jika diteliti Akta Syarikat 1965, sekurang-kurangnya syarikat anda perlu ada dua pengarah.

Pengarah-pengarah syarikat yang dipilih tersebut mestilah bermastautin di Malaysia.

 

  1. Tempoh Simpanan Nama Syarikat

Menurut akta tersebut, tempoh menyimpan nama syarikat yang dibenarkan adalah selama tiga bulan sahaja.

Katakanlah jika pengarah-pengarah syarikat tidak berpuas hati dengan nama syarikat, pemilik nama syarikat boleh mengubah nama.

Tempoh yang lama ini membolehkan pemilik nama syarikat membuat pertukaran dengan nama baharu dalam tempoh yang telah ditetapkan.

 

  1. Proses Pemerbadanan

Untuk merealisasikan impian pemerbadanan syarikat anda menurut Akta Syarikat 1965, prosesnya agak rumit kerana pelbagai jenis dokumen dan borang-borang perlu diisi.

Antara perkara yang perlu disediakan bagi akta tersebut adalah Memorandum dan Artikel Persatuan, Borang 48A dan Borang 6.

Memorandum dan Artikel Persatuan perlu dicop dengan setem bernilai RM100.00 dan anda perlu mendapatkan cop setem tersebut melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selain itu, anda perlu pula mengisi Borang 48A atau dikenali sebagai Pengisytiharaan Berkanun dari Pengarah atau Promotor Sebelum Dilantik.

Untuk borang ini, Promotor atau Pengarah perlu membuat pengisytiharan serta bersumpah bahawa beliau bukan dalam golongan individu yang bankrap.

Beliau juga mestilah tidak pernah disabitkan atau dipenjarakan bagi apa-apa kesalahan yang dinyatakan didalam tersebut.

Di samping itu, anda perlu mengisi Borang 6 yang dikenali sebagai Pengisytiharan Pematuhan yang perlu ditandatangani oleh setiausaha syarikat yang didaftarkan oleh pemilik syarikat.

 

  1. Sijil Pemerbadanan

Dalam Akta Syarikat 1965, Sijil Pemerbadanan adalah diwajibkan.

Sijil Pemerbadanan adalah bukti untuk pihak bertanggungjawab memastikan bahawa syarikat-syarikat yang dikemukakan telah benar-benar berdaftar.

 

  1. Penyatuan Borang

Antara borang yang diperlukan sewaktu proses pemerbadanan menurut akta tersebut adalah Borang 24, 44 dan 49.

 

  1. Keterangan Muktamad

Akta Syarikat 1965 mewajibkan anda membuktikan keterangan berkenaan kesahihan pendaftaran syarikat anda dalam bentuk penyerahan Sijil Pemerbadanan.

 

————————————————————————————–

 

Bagaimana? Banyak betul fakta tentang Akta Syarikat 1965 yang belum kita tahu, kan?

Kini, anda telah tahu serba sedikit tentangnya. Nanti bolehlah anda membandingkan akta ini dengan akta terkini iaitu Akta Syarikat 2016.

Semoga artikel kali ini banyak membantu dan bermanfaat!

Artikel Berkait:

Akta Syarikat 2016: 10 Perkara Anda Perlu Tahu

Jika anda perlukan bantuan untuk membina dan mendaftar syarikat anda serta menguruskan hal ehwal cukai, hubungi DAFTARSYARIKAT segera!

Pasukan kami terdiri daripada profesional yang berpengalaman luas dalam bidang setiausaha syarikat, percukaian, perakaunan, dan pengauditan.

Kami juga bekerjasama dengan akauntan dan juruaudit yang bertauliah untuk urusan penyediaan laporan kewangan syarikat anda.

Selain itu, kami pakar dalam bidang penyataan cukai peribadi dan penyata cukai korporat dan akan menawarkan nasihat mengenai akaun dan audit kepada syarikat anda.

Kami juga sentiasa komited untuk memberikan anda perkhidmatan yang berkualiti dan membantu kepada pertumbuhan dan pengembangan syarikat anda.

Terdapat pelbagai perkhidmatan lain yang kami sediakan antaranya adalah:

  • Perkhidmatan Kesetiausahaan
  • Perkhidmatan Pembukuan dan Perakaunan Berkanun
  • Perkhidmatan Percukaian
  • Perkhidmatan Pengauditan